dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Program Rancakkan Madani 2025

6 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

5 Disember 2025 (Jumaat) - Program Rancakkan MADANI 2025 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Disember 2025, menghimpunkan pelbagai pengisian berteraskan kesejahteraan rakyat, pendigitalan serta pemerkasaan komuniti selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Program ini telah menghimpunkan penyertaan pelbagai agensi dan rakan strategik, termasuk NADI yang telah dijemput untuk membuka reruai pameran sepanjang tempoh penganjuran. Penyertaan NADI bertujuan memperkenalkan inisiatif serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat setempat, khususnya dalam aspek pembangunan kemahiran digital, keusahawanan dan kesejahteraan komuniti.

Antara aktiviti utama yang mendapat sambutan di reruai NADI ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung, selain pengenalan program Tiny Techies yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap asas teknologi dan pemikiran digital. Turut dianjurkan ialah aktiviti Cybersecurity bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan siber dan penggunaan teknologi secara selamat.

Bagi menarik minat golongan belia, reruai NADI turut menganjurkan aktiviti e-Sukan termasuk pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Tournament serta e-Racing yang berjaya menarik penyertaan dan kehadiran ramai pengunjung sepanjang program berlangsung. Selain itu, Booth Keusahawanan NADI turut dibuka bagi mempromosikan produk usahawan tempatan serta memberi pendedahan berkaitan peluang dan sokongan keusahawanan yang ditawarkan.

Program NADI Mahir juga diketengahkan sebagai platform pembangunan kemahiran, khususnya dalam meningkatkan keupayaan digital dan kebolehpasaran komuniti setempat selaras dengan keperluan semasa industri.

Secara keseluruhan, penglibatan NADI dalam Program Rancakkan MADANI 2025 berjaya menarik kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dan memberi impak positif dalam memperkasa komuniti melalui pendekatan menyeluruh merangkumi aspek kesihatan, teknologi, keusahawanan dan pembangunan belia. Program ini berakhir pada 7 Disember 2025 dengan jayanya serta menerima maklum balas yang amat menggalakkan daripada para pengunjung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.